Flip


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Wednesday, March 1

Demam



Aku terdiam.
Saat itu jelas sekali wajah yang ku rindukan,
Rotasi menggiringnya ke mari,
Telah datang jauh-jauh sebelum akhir penantian.

Aku pernah benar bahagia,
Tercermin di mataku keningmu yang mengernyit,
Kau perlahan tersenyum di balik wajah canggung,

Kau sangat Indah |  Aku tidak dapat mencegahnya.

- Panji Ramdana, Jodoh datang dalam hujan.

"Hantarkan doa"

Monday, February 20

Hurdle

Goishihama, Iwate

Hati akan hilang tenteram bila kita risau tentang apa yang tak pasti di hadapan.

Risau bila tak pasti boleh lulus ke tak.
Risau bila tak pasti samada kita dah buat pilihan yang betul atau tak.
Risau samada satu perkara yang kita usahakan tu akan datang hasil atau tak.

Tapi semua kerisauan tu padam bila kita fahami yang ujian itu tarbiyah. Apa sahaja pilihan yang kita pilih, kemana sahaja hari esok bawa kita, di setiap hujungnya ada ujian dan kesusahan sebelum datang kesenangan. Setiap kesusahan tu ialah "hurdle" yang Allah letakkan untuk lihat mana letaknya kesabaran, pengharapan dan keyakinan kita pada Allah swt.

Istighfar.

Friday, February 10

Peringatan



"Kau tahu tak, aku ikhlas tolong dia... aku tak minta apa-apa pun. Tapi takkan lah terima kasih pun tak boleh bagi? Dahla tu, lepas tu siap kutuk lagi kerja aku."

Susah sebenarnya nak ukur keikhlasan diri. Mungkin tak susah mana untuk tak mengharap, tapi mampukah ikhlas bertahan bila kesabaran dah diasak. Mungkin macam tu lah susunan tuhan supaya ikhlas benar-benar teruji, biar yang ikhlas sentiasa berpeluang untuk semak niat dan membumikan lagi keikhlasan.

Mari letakkan harapan tertinggi pada Allah, kerana setiap kebaikan kecil hamba Allah, Allah takkan siakan.